PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL) 2020
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) merupakan aktiviti sokongan dalam membudayakan KBAT yang berfokus kepada meningkatkan kemahiran dan keupayaan murid serta menjadikan mereka berpengetahuan, berkemahiran berfikir aras tinggi dan mempunyai daya saing di peringkat global.
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) dilaksanakan sebagai persediaan guru dan murid bagi menghadapi PISA 2022 (ditadbir pada April 2022) dan TIMSS 2023 (ditadbir pada Oktober 2022). Maka, selaras dengan usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ini dapatlah menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam bidang sains dan matematik.
Tempoh pelaksanaan bagi Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) adalah bermula 7 September hingga 16 Oktober 2020. Ianya dilakukan kepada dua kategori iaitu sekolah rendah (tahun 5 dan 6) dan menengah (tingkatan 1, 2 dan 3). Domain yang ditaksir adalah sains, matematik, bacaan dan kewangan. Kaedah menjawab boleh dilakukan secara online ataupun bertulis.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif bagi melaksanakan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) ini dengan menetapkan tarikh 30 September 2020 untuk menjalankan pentaksiran tersebut.