Sambutan Hari Asyura Peringkat Sekolah

10 Muharram tahun Hijrah merupakan hari besar dalam kalendar tahunan Islam. Pada tarikh ini, pelbagai peristiwa bersejarah telah berlaku untuk kita renungkan dan mengambil iktibar. 

Antara peristiwa bersejarah yang terjadi pada 10 Muharram adalah seperti berikut;

  • Nabi Adam AS bertaubat kepada Allah SWT. – 10 Muharram adalah hari di mana dosa Nabi Adam AS telah diampunkan Allah SAW selepas melanggar perintah Allah supaya tidak memakan buah khuldi.
  • Berlabuhnya kapal Nabi Nuh AS di Bukit Zuhdi – Selepas bumi ditenggelamkan selama 6 bulan, akhirnya kapal Nabi Nuh AS yang turut membawa makhluk lain bersama telah berlabuh di atas bukit ini.
  • Nabi Ibrahim AS terselamat daripada api raja Namrud – Nabi Ibrahim AS telah diperintahkan Raja Namrud untuk dibakar di dalam api yang besar kerana enggan menerima tuhan mereka. Namun Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dan tidak terbakar biarpun dicampak ke dalam api yang marak.
  • Nabi Musa AS terselamat dari Firaun – Firaun memerintahkan tenteranya untuk mengejar Nabi Musa AS namun setibanya di laut merah, dengan kuasa Allah SWT, laut merah terbelah dua dan Nabi Musa berjaya menyeberangi laut tersebut.
  • Nabi Yunus AS terselamat dari perut ikan paus – Nabi Yunus AS telah keluar dari perut ikan paus selepas 40 hari berada di dalam perut ikan tersebut.

Bagi umat Islam di Malaysia, sudah menjadi tradisi bagi memperingati peristiwa-peristiwa pada 10 Muharram ini dengan bergotong royong memasak bubur asyura. Tidak ketinggalan juga bagi warga SMU (A) Al Fitrah. 

Bagi meraikan hari kebesaran ini, unit Hem telah menganjurkan Program 'KUCA BUBUR ASYURA' SMAF 2020 di bawah Badan Dakwah dan Qiadi (Barqi). Program ini telah diadakan pada 9 September 2020 di dataran Pusat Aktiviti Pelajar (PAP). Memasak bubur asyura ini memerlukan perancangan yang rapi kerana ianya melibatkan pelbagai jenis bahan ramuan dan proses memasaknya yang mengambil masa yang agak panjang. Untuk memastikan bubur asyura yang enak dihasilkan, unit Hem telah mengekalkan jawatankuasa yang pakar dalam pembuatan bubur asyura ini.

Proses awal bagi penyediaan bahan bermula pada 8 September 2020. Penyediaan awal ini penting bagi memudahkan proses untuk memasak bubur asyura kerana ianya memerlukan tempoh yang agak lama untuk empuk.

Pada seawal jam 4.20 pagi bertarikh 9 September 2020, proses memasak nasi sudah bermula. Proses seperti menyiang daging, mengupas ubi, menyediakan jagung dan ‘awah asyura' bermula pada jam 8.00 pagi.

Pengacau bagi Program 'KUCA BUBUR ASYURA' SMAF 2020 dibahagikan kepada 2 kumpulan (kawah) iaitu:

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Ust. Ghazali B. Mamat

 Ust. Khaled B. Mat Zain

En. Md. Suhaidin B. Ismail

Ust. Shairazi B. Hj Mohammad

En. Mohd Rifaiza B. Mohd Riffin

        Rohaizi B. Daud

        Nik Mohd Rafie B. Nik Hassan

        Wan Mohd Zuhdi B. Wan Derahman

        Zaimi B. Mat Tahir

        Pengawal keselamatan

Usaha muafakat ditunjukkan bermula dari peringkat mengupas bawang, membancuh rempah dan bergilir-gilir mengacau bubur dalam kawah yang besar secara tidak langsung memupuk semangat muhibbah sesama kakitangan. Bubur asyura masak sepenuhnya pada jam 2.30 petang dan rasanya sungguh enak serta menyelerakan. Bubur diagihkan kepada setiap kakitangan dan murid-murid. Sekalung tahniah kepada Unit Hem kerana berusaha menganjur dan menjayakan majlis ini. Segala kekurangan semasa program ini berjalan akan ditambahbaik demi memastikan program menjadi lebih sempurna dan dapat diteruskan pada masa akan datang. In shaa Allah.


Tekun


Kerja..kerja juga ye..gelak tawa jangan dilupa ye..



Badang SMAF ni..jange main-main deh..sekali kena pelangkong..masuk wad terus..Gurau jah..hehe..


Secret recipe..shhhh..



Kalau Sultan Mahmud tersohor dengan 'dulang dan nyamuk'.. di SMAF..kami tersohor dengan ASYURA  di DULANG..


Proses packaging untuk anak-anak murid tercinta..



Antara hasilnya..


 Sedondon..


Akhirnya..inilah duta Asyura SMAF...


Catatan Popular