Wujudkah kehidupan lain di planet Marikh?
Planet Marikh adalah merupakan planet yang kedudukannya ke empat di dalam sistem suria dari matahari. Dalam mitologi Yunani, nama ‘Marikh’ diambil bersempena nama dewa peperangan iaitu Ares yang merupakan anak kepada Zeus dan Hera di mana mereka merupakan dewa paling berkuasa di Olympus. Selain itu, planet Marikh juga dikenali sebagai planet Merah.
Bentuk permukaan planet Marikh
adalah hampir sama dengan Bumi dan saiz ukur lilit planet Marikh hanya separuh
dari Bumi dan juga mempunyai lapisan atmosfera (sangat nipis). Kira-kira 3.5
billion dahulu, ahli saintis percaya bahawa pernah berlaku kejadian banjir
besar dan beranggapan terdapat jumlah air yang banyak di mana sumber peroleh
dan hilangnya air tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Mereka juga berpendapat planet
Marikh mempunyai gunung berapi yang terbesar dalam sistem suria dan berlaku
letusan gunung berapi kira-kira 3 billion tahun dahulu. Adakah dengan pendapat
ahli saintis ini merungkap segala persoalan sama ada kewujudan kehidupan lain
di planet Marikh selain di Bumi?
Parcivel Lawrence Lowell adalah merupakan seorang
penulis, ahli perniagaan dan ahli astronomi di mana beliau adalah pelopor dalam
penerokaan hidupan di planet Marikh. Ia bermula dengan penemuan seolah-olah terdapat
sebuah terusan yang besar melalui teleskop yang berkuasa tinggi yang juga
merupakan miliknya sendiri. Melalui penemuan ini, Lowell yakin bahawa terdapat
kehidupan di planet Marikh.
Sekitar tahun 1976, satu imej seakan
batu yang berbentuk wajah manusia telah dikesan di planet Marikh iaitu di suatu
tempat yang dinamakan Cydonia Mesas.
Rentetan daripada penemuan tersebut maka, penduduk dunia percaya wujudnya
kehidupan lain di sana dan menurut Richard Hoagland itu merupakan bukti yang
kukuh bahawa sememangnya kehidupan dan tamadun telah wujud di planet Marikh.
Kontroversi planet Marikh
- Bukti
daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika
(NASA) bahawa terdapat air dan mengatakan wujudnya hidupan dan menganggap
planet Marikh adalah planet yang boleh menjadi tempat yang sesuai oleh
manusia menghuni sekiranya bumi telah lenyap.
- Langit
Marikh berwarna biru: Pihak NASA menjelaskan bahawa langit Marikh berwarna
merah, tetapi para saintis Jet Propulsion Labaratory (JPL) telah menyangkal
dakwaan NASA dan menjelaskan situasi langit merah hanya terjadi disebabkan
berlakunya ribut pasir yang dahsyat dan apabila waktu senja.
- Imej
pepohon di kutub Marikh
- Imej
danau dan hutan belantara
- Imej
lautan dan sungai mengalir
- Imej
tiub-tiub gergasi
- Imej
fosil
viii. Imej
tamadun dan bandar di Marikh
ix. Manusia
ke Marikh pada tahun 2030: Perancangan daripada pihak NASA untuk membawa
manusia untuk menghuni di planet Marikh sekiranya bumi tidak lagi selamt untuk
didiami.
x. Boriska
budak dari Marikh: Boriska Kipriyanovich merupakan kanak-kanak yang
berasal dari Rusia dan mendakwa dirinya adalah dari planet Marikh. Boriska
berumur sekitar tujuh tahun ketika menceritakan secara terperinci tentang
planet Marikh dan mendakwa masih terdapat hidupan di sana.
Walaupun terdapat bukti-bukti yang
ditemui oleh saintis barat mengenai kewujudan makhluk lain di planet Marikh, kontroversi
tentang kewujudannya masih terus dibahaskan sehingga ke hari ini. Persoalannya
kini, adakah benar kewujudan makhluk lain selain manusia di planet Marikh? Di
UAE, General Authority of Islamic Affairs and Endowment (GAIAE) telah berhujah
bahawa sesiapa yang berhasrat untuk menetap di planet Marikh seolah-olah pergi
untuk membunuh diri dan hal ini tidak dibenarkan mengikut agama Islam. Ini merupakan
rentetan daripada lebih kurang 500 orang rakyat Arab Saudi untuk mengambil misi
menetap di planet Marikh.
Dalam kalangan ilmuwan Islam ada
juga membahaskan isu tentang kewujudan makhluk lain di planet selain Bumi. Antaranya,
Sami Zataari iaitu merupakan seorang pengkaji Al Quran dan Hadis dan terkenal
di barat. Beliau telah menyimpulkan bahawa wujudnya makhluk lain selain para
Malaikat dan Jin. Makhluk lain yang dimaksudkan ini termasuklah seperti kuman
dan haiwan-haiwan (tidak berakal) dan makhluk (bijak/berakal) seperti manusia
atau jin. Berdasarkan dalil dari Al Quran yang dikemukakan oleh Sami Zataari,
iaitu tentang kewujudan makhluk lain. Antaranya:
“Dan antara tanda-tanda
kekuasaannya ialah penciptaan Syurga (Langit) dan Bumi, dan hidupan-hidupan
yang telah Dia (Allah) taburkan ke dalamnya (Langit dan Bumi itu): dan Dialah
yang berkuasa untuk mengumpulkan kesemuanya pada bila-bila masa Dia kehendaki”
(Surah
As-Shura, Ayat 29)
Secara kesimpulannya, apa yang ditafsirkan oleh Sami
Zataari bahawa memang wujud makhluk lain selain di bumi tetapi mereka adalah
golongan yang tidak bijak seperti manusia. Berdasarkan penerangan ayat di atas
iaitu “kehidupan” membawa maksud
manusia, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Jika benar-benar wujudnya
hidupan lain selain daripada kehidupan di muka bumi ini sama ada percaya atau
tidak kita sebagai hamba Allah hanya perlu berpandukan Al Quran dan Hadis. Hanya
Allah sahaja yang Maha Mengetahui.